Halaman

Senin, 08 Juli 2013

Apa Masjid Pertama Yang Dibangun Di Muka Bumi?

Mungkin dari sekian banyak orang belum mengetahui atau mungkin lupa, masjid apa sih yang dibangun oleh Rasulullah SAW pertama kali?? Mungkin banyak yang terpikir, masjidil haram, atau mungkin masjid nabawi?


Mungkin Ini?

Masjid ini berbentuk empat persegi dan dibangun mengelilingi Ka’bah, berbeda dengan masjid manapun didunia, shaf di Masjidil Haram ini berbentuk lingkaran, semuanya menghadap ke Ka’bah yang berada di tengah-tengah. Ini merupakan keunikan yang tidak dimiliki masjid manapun di dunia. Adapun Spesifikasi Masjidil Haram :

Luas Masjidil Haram ± 656.000 m², dapat menampung 730.000 jamaah dalam satu waktu sholat berjamaah pada hari biasa dan lebih dari 1juta jamaah pada musim Haji. Memiliki Tiga Lantai
Menara berjumlah tujuh buah Keistimewaan masjid ini adalah : Sholat di masjid ini lebih utama dari sholat 100.000 kali di masjid lain.

PINTU MASJIDIL HARAM
Masjidil Haram adalah masjid Raksasa hingga memiliki sangat banyak pintu yaitu ada 4 pintu utama dan 45 pintu biasa, tiap pintu memiliki nama sendiri karena banyaknya jumlah pintu tersebut tak heran jika banyak jamaah yang tersesat ketika keluar dari Masjidil Haram. Inilah nama-nama Bab (pintu) Masjidil Haram :
Bab Shafa, Bab Darul Arqam, Bab Ali, Bab Abbas, Bab Nabi, Bab Babussalam, Bab Bani Syaibah, Bab Huju, Bab Mudda’a, Bab Ma’ala, Bab Marwat, Bab Quraisy, Bab Afqodisiyah, Bab Oziz Thuwa, Bab Umar Abdul Aziz, Bab Murod, Bab Hudaibiyah. Bab Babussalam Jahid, Bab Garoroh, Bab Alfatah, Bab Faruq Umar, Bab Nadwah, Bab Syamsiyah, Bab Al-Qudus, Bab Umrah, Bab Madinah Munawarah, Bab Abubakar Sidiq, Bab Hijrah, Bab Umi Hani, Bab Ibrahim, Bab Wada, Bab Malik Abdul Aziz, Bab Alyad, Bab Bilal, Bab Hunsisni, Bab Ismail,

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya, “Masjid apakah yang pertama kali ada di muka bumi?”
قَالَ: اَلْمَسْجِدُ الْحَرَامُ
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Masjidil Haram.”

“Kemudian apa lagi?”
قَالَ: اَلْمَسْجِدُ اْلأَقْصَى
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Masjid al-Aqsha.”

Beliau ditanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?”
قَالَ: أَرْبَعُوْنَ عَامًا
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Empat puluh tahun.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Terus, masjid pertama yang dibangun Rasulullah SAW, Jawabannya adalah :


Masjid Quba '
merupakan masjid pertama yang dibina di dunia dalam sejarah Islam Syariat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam yang dibina oleh Baginda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam sendiri bersama-sama Hadzrat Abu Bakar RA dan penduduk madinah sebaik Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam tiba, ini bermakna sehingga hari ini ( 1432 H ) adalah bersamaan usia masjid berkenaan 1432 tahun Hijrah.

Masjid Quba dengan persekitaran terpencil Madinah di Arab Saudi, merupakan masjid tertua di dunia. batu asas pertamanya yang di laksankan oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam pada waktu tiba Hijrah dari Kota Mekah ke Madinah, Masjid Quba di bina oleh Baginda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam dengan Hadzrat Abu Bakar RA bersama-sama Para Sahabat RA Madinah atau kaum Ansar.

Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam dipercayai berada di masjid Quba lebih dari 20 malam selepas tiba dari berhijrah dan sambil menunggu ketibaan Hadzrat Ali RA dari Makkah membawa berita dari sana.

Sebagian dari riwayat bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam menjadikan masjid Quba sebagai masjid yang aman dan selalu bedoa pada satu sudut di dalamnya yang menjadi bahagian kediaman Atban Bin Malik RA. Masjid Quba terletak kira-kira 60 metre dari Masjid Nabawi.

Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam bersama Hadzrat Abu Bakar RA, sebelum sampai ke Yatrib ( Madinah ) membina Masjdi Quba, terlebih dahulu melalui peristiwa sedih bersembunyi di Gua Al Tsaur dan Gunung Tsaur kerana mengelak dari di khianati oleh Musyrikin Quaisy Makkah.

Menurut sejarah, Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam telah sampai di suatu penempatan tidak jauh dari Madinah bernama Quba pada hari Isnin 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 September 622 Masehi.

Ketika mula sampai di Quba, Baginda SAW telah diberikan layanan baik yang benar oleh masyarakat Madinah. Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam telah tinggal awalnya bersama Khulthum Ibn Al Hadm, ketua suku kaum Amr bin Auf RA yang budiman selama empat hari.

Pada tempuh itulah Baginda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam telah meletakan batu asas membina Masjid Quba dengan sokongan Para Sahabat RA yang mengasihi Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam dengan ketaqwaan yang sejati.

Dari riwayat As Syimus binti An Nu'man, Baginda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam memikul batu-bata sendiri sehingga bongkok tubuhnya disamping tubuh baginda dipenuhi debu dan pasir, Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak mahu Para Sahabat RA mengambil beban yang baginda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam bawa dan menyukai Para Sahabat RA bekerjasama membawa bahan-bahan bangunan yang lain.

Dengan kudratNya, Baginda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam sendiri yang turut mencurah tenaga memulai kerja asas pertama pembinaannya sehingga membolehkan Masjid Quba di gunakan dimana bahan binaannya adalah termasuk berasaskan dari batang dan pelepah kurma.

Apabila siap, inilah masjid pertama yang terbina setelah Masjidilharam Makkah. Di masjid inilah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Para Sahabat RA menunaikan solat Jumaat yang pertama sekali berlaku di muka bumi, ia itu pada hari Jumaat bersamaan 27 September 622 Masehi.

Wallahu A'lam.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar